..............


Custom Glitter Text

Tuesday, May 19, 2015

PENGUMUMAN Laksa Ikan Sekoq di Puchong untuk pencari/penggemar laksa

Assalamualaikum..
Semalam tuan Laksa Ikan Sekoq di Puchong memaklumkan ada komen penggemar laksa di entri Laksa Ikan Sekoq di Puchong sebelum ni..

Ada yang datang mencari gerai Laksa Ikan Sekoq di Puchong tapi balik dengan hampa sebab kedai dah tutup! Sebenarnya bukan dah tutup terus.. menurut tuan laksa ni, mereka ada tulis notis memberitahu di tapak lama bahawa gerai laksa ni terpaksa ditutup operasinya sementara waktu atas  beberapa masalah yang tak dapat dielakkan. Masalah tapak juga antara puncanya. (Kerana dah dimakan waktu,notis tersebut juga dah ditelan waktu. Lenyap. Hehehe)
Jadi untuk sementara waktu sekarang mereka masih aktif 'berlaksa' untuk katering. Hehe


Ampun maaf dipinta..

Gerai Laksa Ikan Sekoq akan dibuka semula apabila urusan tapak baru dah selesai nanti.

InsyaAllah selepas Aidilfitri akan datang ni (2015)

Sekali lagi ingin menyatakan permohonan maaf oleh pihak tuan gerai atas kesulitan yang dihadapi.


Saya belanja gambar tokeynya ya!!!
Hehe.. 


Tada..... peace!!! Tokey yang ramah tamah. Hehe
(Gambar edit oleh saya! Heh..)


Terima kasih kerana membaca


Monday, May 18, 2015

Harga Promosi Four Points by Sheraton

Bermalam di Four Points BY SHERATON @ puchong pada harga rm199++



Lamanya dah tulis di sini.. selalu ni lah yang saya cakap. Tapi nak buat macam mana, dah anak dua ni, memang lah jadi busy. Heh..

Banyak yang saya nak tulis. Tentang p travel ke Tokyo tanpa agent, juga ke europe..

Tapi nanti lah.



Berbalik tajuk di atas;

Dalam banyak-banyak tawaran hotel yang saya pergi, yang ni lah saya nak kongsi.

Macam mana nak dapat harga ni? Rajin-rajin lah lawat promosi di internet ya! 

Harga di atas, kami dapat dari Agoda.

Kalau ada kelapangan, kami akan booked hotel-hotel yang ada tawaran hebat.
Kalau tak boleh nak pergi yang jauh, yang dekat pun jadi lah.. Pada anak-anak, berehat sambil menikmati kemudahan hotel pun dah cukup happy.

Anak-anak di rumah pun tahu boring tau. Hahaha. Apalagi surirumah macam saya. Heh...


Setakat ni saya rasa berbaloi di hotel ni, apalagi dengan tawaran harga macam tu, memang terlebih berbaloi lah. Waaaa...


**harga promosi ini hanya untuk hari ini sahaja okay. Di hari lain, kena check kadar di website Agoda, booking.com atau memana web yang ada promosi

Amik gambar memalam hihihi

Sebelah kanan pintu swimming pool ada gym

Kami pilih bilik satu floor dengan swimming pool. Dekat sangat dari bilik.

Katilnya memang best

Bilik air bersih...

Nak minum? 

not bad..

Ok tak?


Hotel ni baru so setakat ni memang berbaloi.. lobinya cantik. Yang penting bersih sangat. Tu yang nak share. Hahaha

**kalau hotel lain yang harga promosi seperti di Johor, Port Dickson dan Melaka, harga bawah rm230 kebanyakannya hotel lama.. walaupun bertaraf 4-5star..

** di Melaka, Hatten dan Ramada saya amat rekomen!


Bye

Thursday, March 12, 2015

Anak Ramai tapi sibuk nak ber Nuffnangers


Nuffnang aiii...


Kelmarin dapat cek... Dari Nuffnang !!! Senyum berbunga walaupun sedikit.. Nikmatnya ya Allah.. Jadi la kan.. Syukur ja..

Tqvm Nuffnang! I love you! LOL



Ni haaaa.... Tada.... Belanja gambar sipi-sipi dah lah yakkk..

Jangan tanya! Sikit wehhh.. Hahaha


Blog ni memang tak update bagai..
Sesekali je tulis, agaknya setahun kalau di kira purata ntah dalam 50 entry setahun pun tak de kot! Take note:purata keseluruhan, okayy (hehe, serius ja kan?!)
Apesal kejap ada kejap tak da? Sebab memula dulu kahwin, pastu ada anak.. Pastu sendiri faham lah.. Hukhukhuk.. Kiranya kesimpulannya sebab sekarang ni banyak sangat kerja nak buat.. Hahaha (bunyi gerun tak. Kekeke)


Si kembar kami


Selain jaga anak sendiri, saya sekarang sibuk bantu adik macam  menjaga si kembarnya.. Seiras tau! Best kan ada anak kembar..(hmm... Eleh, nanti mula pening nak jaga! Hihi.. Biasa lahh, i berangan nak anak kembar ni)

Jap nak belanja gambar si kembar pulak !

Ni dalam keadaan damai... Jap je tuhhhh! Hahaha.. http://www.nuffnang.com.my/


Nanti aii share petua anak kembar okay.. Nanti lah yak.. Sebab i dah interview adik, so apa yang dok jadi habit tu memang ada dalam petua-petua ni. So, boleh la kot share, mana lah tahu DENGAN izinNya Yang Maha Esa kut berhasil pada sesiapa yang berhajat kan..
Nanti okay..

Tentang blog ni yang aii dok tak faham,nufnang email cakap i salah letak iklan di ruangan yang tepat..
Huhu..
Pening le.. Hahaha.. Belum sempat nak belek-belek..
Sesapa yang tahu cemana nak buat dengan tepat,habaq mai la na..


Okay, bye..... Anak-anak menangis! Huhuhu



**sesiapa baru berblog nak tahu lebih lanjut jana pendapatan melalui Nuffnang, sila guna pakcik google untuk lebih info ya.. Taip ja, nanti banyak la blog lain ajar dengan lebih details, okayyy.. Sorry tak ada link sebab tak sempat okay.. -sorry terkurang-**




Thursday, January 8, 2015

Banjir... hati di sana..


Cerita perjalanan ziarah kami..


Bila Malaysia dilanda banjir, khusus lokasi pantai timur, ramai yang turun padang membantu. Dari paparan media, hati rasa sayu mengenangkan. Pahang adalah negeri kelahiran bonda saya. Perak pula tempat kami dilahirkan dan dibesarkan.
Walaupun dah duduk KL 18tahun, tapi hati tentu masih di sana..

Umum maklum pelbagai sumbangan dari pelbagai lapisan masyarakat dan badan-badan tertentu. Mudah-mudahan ringan lah sedikit walau tak dapat membantu keseluruhan. Doa sentiasa mengiringi mereka di sana..
Kami juga tak ketinggalan tapi sekadar hantar wakil untuk sampaikan pertolongan buat saudara di sana..

Bonda saya anak tunggal tetapi adik beradik tiri nya masih di Pahang. Sejak ayahanda dijemput Illahi 1998, kami memang jarang dapat peluang balik ke Pahang. Perak tetap balik sebab bonda pilih untuk menetap di rumah peninggalan ayahanda.

Tetiba minggu lalu anak-anak saudara ayahanda sepakat ajak kami (keluarga saya terdiri dari 5 saudara perempuan & seorang lelaki) balik bawa bonda jenguk saudara mara di Pahang. Perancangan last minute. Jadi hanya keluarga saya yang dapat turut serta dalam misi abang-abang saudara kami.. Malam tu kami ke Tesco, Mydian, Giant membeli apa yang patut kerana esok hari sesudah subuh kami sebanyak 9 biji 4x4 akan bertolak ke sekitar, Chegar Perah, Merapoh dan Gua Musang.
Kerana komitment kerja yang tak dapat dielakkan, kami mesti balik ke KL pada malam tu juga. Kiranya kami ada masa lebih kurang 9 jam untuk menziarah dan membantu (setelah ditolak waktu perjalanan).

Pertemuan bonda dan keluarganya serta kenalannya amatlah ceria walau dalam tangis. Mendengar cerita-cerita mangsa buat kami rasa takut dan memahami trauma mereka. Itu baru Chegar Perah... Kalau ke Kelantan yang lebih hebat dugaan banjir nya, ntah bagaimana nak dibayangkan?
Dalam hati tak putus memohon agar Allah memberi mereka kekuatan.. Bayangkan mereka umpama fobia bila hujan kelihatan turun lebat. Ya Allah, kasihani lah mereka..
Airmata menitis memahami ketakutan mereka..

Segalanya kami lakukan dengan pantas, menurunkan barang-barang sumbangan keluarga, mengagihkan apa yang patut sejauh mana yang sempat. Petangnya kami sepakat membantu membersihkan rumah mangsa-mangsa banjir. Cuma beberapa biji rumah sahaja akibat kesuntukan waktu.

Sepanjang perjalanan kami seramai 9 biiji 4x4 membawa bekal makanan untuk keperluan kami sendiri terdiri dari 3 kategori, sarapan, makan tengahari dan minum petang. Dengan ini ia dapat memudahkan kami dalam memenuhi tujuan kami ke sana. Maklumlah kami juga membawa  anak-anak dan warga tua..

Malam lebih kurang jam tujuh, kami bertolak balik ke KL, singgah makan di kedai. Dalam perjalanan balik tu lah kami singgah di masjid untuk solat jadi dapat lah kami berehat sekejap sebelum meneruskan perjalanan balik kami.

Andai diizinkan waktu, ingin kami bertemu mereka lagi..

Menunggu.. Ada yang tercicir..

Kami mengagihkan apa yang patut..

Pakaian muslimah, uniform sekolah, telekung dan tudung..

Kerja-kerja pembersihan..

Nak bergerak pulang..

Sebahagian keluarga besar kami dari Perak dan KL
Singgah makan malam







Tuesday, October 14, 2014

Perbandingan Harga/Tambang Kapal Terbang/flight

Macama mana nak pilih flight? Macam mana nak tahu kapal terbang mana yang harga nya murah? Macam mana nak tahu bulan apa yang harga nya murah???




Assalamualaikum..

Ini cuma catatan ringkas lagi.. dari saya yang tak lah berapa sangat pengetahuannya. Tapi apa yg saya buat sepanjang saya manage sendiri percutian keluarga, saya akan share. Walau tak seberapa diharap ia mungkin membantu. Tiap orang ada cara memasing, tapi ini cara saya, kalau ia membantu anda, alhamdulillah..

Pastikan kita tahu ke mana kita nak bercuti. Atau lepas tengok harga flight baru nak putus kan pun ok juga..
Terpulang pada cara memasing. Pada yang berduit, pejam mata je terus amik je tiket memana pun kan. Tapi pada kita yang ada budget ciput/tertentu, sudah tentu kita terkinjal-kinjal nak tanya siapa? mustahil rajin sangat nak check secara rambang pada tiap airlines company kan???

Saya guna http://www.skyscanner.com.my (klik di sini)

Macam mana nak guna skyscanner ni?
Lihat screenshots di bawah ni ye..
Contoh:
 Kuala Lumpur international-London Heathrow


Ia menunjukkan Etihad menawarkan harga termurah

KUL-LONDON:
Ha... Page banyak, pilih la nak yang murah atau paling mahal pun ada..
Hikhikhik

Ni contoh perjalanan sehala ye..

Tu dia.. Nak tengok whole month ke, whole year ke..
In a week ke.. Pilih je

So, andainya KUL-LONDON tadi nak pilih Etihad Airways, klik je di situ.. Mcm kat situ td yg tawarkan harga tu dari airtickets24 kan, so maksudnya bila kita klik, harga tu bukan dari Etihad Airways ye.. (Dalam masa tu, check la juga web Etihad harga berapa, kalau sama je, so pilih lah nak book dari airtickets24 tu ke atau Etihad)

Jangan risau.. So far, memang ni la yang saya dok belek berhari-hari sebelum nak ke mana-mana destinasi kami. Hehehe..


**ni untuk yang belum tahu ye.. pada yang dah tahu cara ni atau cara lain, mohon share bersama kat ruangan komen ye.. Terima kasih! ;) **


Bye, anak dah meragam.. Hmmm....


Selamat Mencuba!





Wednesday, May 14, 2014

Laksa Ikan Sekoq Ori di Puchong (cawangan asal Alor Setar, Kedah) Memang sedap!! Makan sekali rasa Terliur lagi!

Sebenarnya tujuan saya menulis malam ni nak share tentang LAKSA!

Yes, im Laksa Lover! LOL


Dulu saya pernah catat ringkas tentang Laksa Ikan Sekoq di Puan Hasnah di Alor Setar (sila klik)

Haa... sekarang branch Laksa Ikan Sekoq ni dah ada area Selangor yak... di Puchong..
Ambil perhatian, sesapa minat Laksa, moh kita luangkan masa hujung minggu kita bersantai di tepi tasik depan Pangsapuri Seri Markisa Puchong, iaitu Taman Tekali sambil makan Laksa Ikan Sekoq D'Puchong !
Wahhhhh...

Terliur dah sambil dok menulis ni pun. OMG i memang peminat Laksa~~~!! 

(pssttt... tapi pun i tak lah merayap ke semua kedai laksa yang ada kat Malaysia ni, okayyyy... dah beranak pinak ni langkahku terhad lah.. kekeke)

Ayaq cendoi nye puN sedapppp!!!!.... sesuai lah dengan selera i tau... hihihi


Sungguh sedap weiii... tak tau lah kut tekak i salah yak.. hihi
Tapi memang real sedap! Kalau tak silap laksa ni tak pakai belacan keyyyy.. korang interview lah time makan tu. i ni tak interview punggg.. just dengar orang cakap jekkk.. hikhikhik

Kuah nya pekatttt... ikan nya freshhh... sekali hirup, sedaq-sedaq dah abis! ha.... nak habaq mai, memang dasyat!!! (teringat tadi pergi makan! huhuhu... kecur air liur teman weiii)


Cite banyak pun tak best lah yekkk, baik p cuba! i tell u, u'll LIKE it !
(adehhhh... cakap omputih kekeke)


Tahu tak kat mana Taman Puchong Tekali tu? Cari jalan masuk macam nak ke Taman Mas  tu (dari Aeon Big traffic light), nanti nampak cari KFC & PIZZA besar gila tu, pastu ikut je main road tu start usha tangki air keyyyy... nampak je tangki air kat sebelah kanan tulis Taman Puchong Tekali, masuk kanan. Dari jauh nampak macam ada umah flat 1 block keyyy... standby lerrr... kat tepi tasik tu je Laksa Ikan Sekoq D'Puchong nye pun!
Bawa duit lebih, sebab gerenti bertambah paling tidak 2 pinggan!!! (aku ler tuuhhh)


Alamat :
Jalan TPT 1,
Taman Puchong Tekali,
47150 Puchong Selangor
(berhadapan Pangsapuri Seri Markisa)


ni gambo lama kat entry Laksa Ikan Sekoq, Alor Setar


**Kat tepi tasik Tmn Puchong Tekali tu memang tempat riadah keluarga namanya Asian Water Sport Village kalau tak salah.. Boleh google yekkk... i ni nak cepat riso anak bangun nak susu!!
Tujuan just nak gtau kome boleh lah kut2 nak buat aktiviti keluarga kat situ. macam-macam ada tau! Google okeyyyy!!! Ni i attach link kut-kut nak intai-intai PAKEJ ASIAN WATERSPORT VILLAGE



BYE!!!


Doa Senjata Umat ISLAM



Dah berlalu musim busy saya agaknya. Tak juga busy, sejak MH 370 hilang, saya tak reti nak komen, nak cakap luahan hati memang banyak, sayu, pilu, tertanya-tanya dan macam-macam ada.. 
Saya ikuti news yang berlangsung, mulut saya umpama terkunci kerana risau menyinggung keluarga mangsa kalau saya tulis apa-apa sedangkan saya ni tak tahu apa-apa. Kita hanya manusia biasa, anggaplah segala yang berlaku dengan izinNya. Sebab kalau Allah tak izinkan, mana mungkin nak terjadi. Baik atau buruk, benar atau salah semuanya kerja Tuhan dan dengan izinnya. So Saya berhenti di sini!

Moh la kita berdoa yang baik-baik untuk kesejahteraan kita semua..
Pandang kiri, pandang kanan, saling kasih mengasihilah sesama kita..


"Ya Allah jauhilah kami dari sifat yang tidak baik, semoga kami menjadi yang lebih baik.."